Ahad, 16 Ogos 2009

Industri Sarang Burung Walet

Sarang burung walet telah dikenali oleh masyarakat cina sejak beribu tahun lalu. Dengan khasiat yang tinggi menyebabkan sarang burung walet mendapat permintaan yang tinggi hingga sekarang. Mengikut sejarah Laksamana Cheng Ho, iaitu laksamana China Dinasti Ming telah belayar ke Melaka pada zaman kegemilangan kesultanan Melaka. Dalam perjalanan ke Melaka beliau singgah di Pulau Borneo untuk mendapatkan sarang burung layang-layang laut yang banyak terdapat di dalam gua-gua di sana untuk hadiah kepada Maharaja China.
Kini sarang burung walet telah menjadi industri di negara-negara Asia Tenggara terutamanya di Indonesia dan Malaysia. Industri ini telah berkembang lebih daripada 25 tahun di rantau ini dan menjana pendapatan jutaan ringit setahun kepada pengusaha sarang burung walet. Di Malaysia industri ini juga berkembang seiring dengan negara-negara lain.
Namun industri ini baru sahaja dikenali oleh pengusaha-pengusaha bumiputera. Dianggarkan hanya 8% sahaja pengusaha sarang burung walet di Malaysia terdiri daripada pengusaha bumiputera. Mungkin kerana pengenalan sarang burung walet ini tidak ada dalam kalangan bumiputera atau industri "bawah tikar" yang tersimpan kukuh dalam kalangan pengusaha cina.
Setelah sekian lama membawa pulangan lumayan kepada masyarakat cina kini telah ada kalangan bumiputera bersama dengan sahabat bukan bumiputera terutamanya masyarakat cina mengusahakan bersama dengan tujuan yang sama.
Apakah industri ini? Bagaimana cara menceburinya? Berapa banyak pulangan yang boleh di jangka? tunggu tulisan selanjutnya.