Ahad, 10 Oktober 2010

Bila birokrasi terlalu teliti

Bulan lepas saya mengunjungi seorang rakan walet baru saya yang sedang menaikkan sebuah RBW 12'X20'X2tingkat. Sebelumnya rakan saya ini bercadang untuk mendapatkan pinjaman RBW daripada Agrobank. Tetapi apabila saya bertanya sama ada RBWnya dibina daripada pinjaman Agrobank, tetapi jawapannya adalah daripada modal sendiri +-30k.
Dia menerangkan sukar sangat nak dapatkan pinjaman tersebut. Naik turun Agrobank 5-6 kali. Ditendang ke Jabatan Veterinar untuk dapatkan pengesahan projek. Kalau perlu pengesahan mana borangnya? atau surat sokongannya. Kesimpulannya dua-dua pihak tak tahu duduk perkara pinjaman itu. Nak dapat penerangan Pegawai Veterinar Daerah 7 kali pergi 7 kali outstation. Tanya pada pegawai bawahan tak berani nak beri maklumat kerana nanti tak selaras dengan pegawai. Akhirnya buat keputusan guna modal sendiri, nak tunggu pinjaman 2 tahun lagi pun belum tentu dapat buat. tut-tut peruntukan dah habis!!!.
Macamtu lah jugak yang saya alami.. sama....
Kepada Agrobank dan Jabatan Veterinar cubalah lebih profesional dalam membantu penternak walet. Peruntukan kerajaan dah berikan, tetapi saluran kurang berkesan. Akhirnya bukan Agrobank dan Jabatan Veterinar yang disalahkan tetapi kerajaan yang disalahkan.
Kalau ada Pegawai Veterinar atau Agrobank atau mereka-mereka yang sewaktu dengannya yang baca boleh hubungi saya : Noordin Yusop PJM (019-5597796) **u/p: Daerah Seberang Perai Selatan.

Rabu, 18 Ogos 2010

BERITA 2

ANTARA RETORIK DAN REALITI




Sumber : AGROBANK

Fikir-fikirkanlah dan renungkanlah para penternak dan bakal penternak walet sekalian.

Selasa, 17 Ogos 2010

BERITA

RM600,000 bangun projek burung walet


KUALA KANGSAR 11 Ogos - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan RM600,000 kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi membangunkan projek pembiakan burung walet untuk golongan miskin di empat daerah tahun ini.

Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan LPP, Azhar Yunus berkata, empat daerah terbabit ialah Pagoh di Johor, Marang (Terengganu), Tanjung Karang (Selangor) dan Manjung (Perak).

Setiap daerah katanya, menerima peruntukan RM150,000 bagi menjayakan projek perintis tersebut.

"Peruntukan ini bagi membina rumah pembiakan berasaskan tempat yang berpotensi dan banyak terdapat burung walet,'' katanya.

Beliau berucap pada majlis meraikan persaraan Pengurus Besar LPP Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Kangsar, Othman Safar, penyampaian sumbangan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan moreh Unit Peladang 2010 di rumah rehat di sini hari ini.

Katanya, projek tersebut akan diusahakan oleh PPK terutama dalam aspek mengawal selia serta pengurusan dan keuntungannya akan digunakan untuk membantu ahli-ahli yang memerlukannya.

"Pembangunan projek pembiakan burung walet ini akan dikembangkan ke daerah-daerah lain bukan sahaja di empat negeri berkenaan tetapi kepada negeri lain yang terdapat banyak burung jenis itu tahun depan jika ada peruntukan kewangan secukupnya," tambah Azhar.

Beliau menegaskan, berdasarkan harga sarang burung walet yang mencecah RM10,000 sekilogram, projek tersebut dilihat mempunyai potensi jika diusahakan secara komersial di kawasan-kawasan lain.

Sementara itu, katanya, LPP turut menyediakan geran bantuan antara RM20,000 hingga RM30,000 kepada ahli-ahli yang berminat dalam program ternakan lembu dan kambing.

Jumaat, 13 Ogos 2010

RUMAH WALET KAWAN KITA 1

LOKASI : KUALA GULA, KUALA KURAU

LOKASI : TELUK MEDAN, BAGAN SERAI

LOKASI : SUNGAI CHENAAM, NIBONG TEBAL

Jumaat, 25 Jun 2010

SEMINAR TERNAKAN BURUNG WALET

      Telah dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun sambutan kurang menggalakkan namun saya amat bersyukur kerana dapat berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang baru mahu menceburkan diri dalam bidang penternakan walet ini.
     InsyaAllah seminar seperti ini akan diadakan lagi dengan kerjasama beberapa agensi seperti PPK, JPV dan dan bank tempatan. Perbincangan dengan agensi-agensi ini telah pun dibuat dan mereka menunjukkan minat untuk bersama-sama menjayakan seminar akan datang.
     Bulan Julai nanti akan diadakan beberapa siri seminar yang melibatkan syarikat dan agensi-agensi ini dan akan saya maklumkan nanti. InsyaAllah.

Khamis, 24 Jun 2010

Lama Tanpa Berita

     Beberapa orang rakan blog saya menelefon bertanyakan khabar berita. Sakitkah? atau apakah? Sebenarnya saya berehat seketika bagi menguruskan beberapa projek lain. Seperti sedia maklum, projek rumah walet ini bukan projek full time. Lagi kita tunggu lagi lama rasanya. Biarkan saja rumah walet, jengoklah sekali sekala. Dengan kemudahan ICT dan teknologi yang ada mudah kita memantau keselamatan RBW kita, insyaAllah. Semakin hari semakin banyak RBW yang berdiri kepunyaan orang Melayu sama ada kecil atau besar itu bukan isu. Tetapi yang penting kita sekarang menjadi pemain bersama dalam industri ini bersama bangsa-bangsa lain.
     InsyaAllah saya akan terus berinformasi dengan peminat-peminat walet lagi dengan memberi berita-berita yang tertunda sepanjang lebih sebulan tidak menulis.

Selasa, 11 Mei 2010

MAKLUMAN KEPADA PESERTA SEMINAR

Makluman kepada peserta-peserta Seminar.

Seminar Penternakan Burung Walet akan diadakan pada;

Tarikh          :   16 Mei 2010 (Ahad)
Masa           :   Mulai 9.00 pagi
Tempat        :   Kuala Gula Sanctuary Resort.

Segala pertanyaan boleh menghubungi; Hj. Din (0195597796)

Harap Maklum.

Rabu, 28 April 2010

USAHASAMA PINTAR
RAKAN NIAGA + SWIFT AGROTECH SDN BHD
MODAL RM15,000 x 10 RAKAN NIAGA + SYARIKAT.

1. Perkongsian modal dan penambahan modal kerja
2. Membeli tanah di lokasi yang banyak koloni burung walet
3. Membina RBW 50’ X 20’ dua tingkat.
4. Pengubahsuaian dalaman untuk kesesuaian burung walet
5. Mengurus, memantau dan menyelenggara RBW.
6. Memungut dan menjual sarang burung walet
7. Membahagi keuntungan mengikut perjanjian

KEISTIMEWAAN USAHASAMA PINTAR
1. 100% RBW dan tanah hak Rakan Niaga.
2. 100% peralatan RBW hak Rakan Niaga.
3. 100% di kawasan yang strategik burung walet.
4. 100% pengurusan dan penyelenggaraan syarikat.
5. 100% pengurusan telus
6. 100% nilai pulangan balik.
7. 100% modal perkongsian terjamin.
8. 100% keuntungan diagih mengikut perjanjian.
9. 100% mengikut undang-undang
10. 100% Menepati kehendak syariah.


KEPADA BUMIPUTERA YANG BERMINAT UNTUK TURUT SAMA ATAU MEMERLUKAN KETERANGAN LANJUT DALAM USAHASAMA PINTAR INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI;


HJ DIN (0195597796) / HJH SITI (0195587796)
EMAIL : ndymy67@gmail.com.

Selasa, 27 April 2010

TAPAK BARU, PROJEK BARU




























Awal bulan Mei saya telah mengenalpasti satu tapak projek pembinaan RBW baru. Pertengahan bulan Mei alhamdulillah tanah tersebut sah menjadi kepunyaan saya. Mungkin sedikit masa lagi kawasan ini akan dibangunkan dengan sebuah RBW dua tingkat 50' X 20'. Beberapa orang rakan berminat untuk melabur dalam projek saya kali ini. Itulah cara yang saya ada untuk sama-sama membangunkan ekonomi ummah dalam bidang penternakan burung walet. Maklumlah, kita bukan banyak modal, kalau rakan-rakan ada modal boleh join sama. Keuntungan dibahagi mengikut persetujuan bersama. InsyaAllah, moga-moga berjaya nanti.
   Walaupun tanah tersebut nampak kurang ekonomik dari segi pembangunan, namun bagi pembangunan RBW, saya percaya amat tinggi potensinya.

Gambaran awal tentang tanah ini semasa baru survey nak beli. Orang utara kata tempat jin bertendang. Berpaya dan penuh dengan belukar dan pokok kayu buta dan pial. Kali pertama melawat tanah ini hati dah terpaut. Banyak walet yang bermain-main mencari makan di kawasan ini. Kalau test suara masa tu, tentu beribu-ribu walet yang datang ke sini. Tapi biarlah, nanti tak jadi pulak tuan punya tanah nak jual pada kita atau harga tak mahu kurang pulak nanti.

Apabila dah dipugar dan dibersihkan, baharulah nampak tanah. Semasa tanah dipugar dan dibersihkan bepuluh-puluh ekor walet yang datang mengucap salam! (sebenarnya mencari ulat-ulat untuk makanan apabila tanah dibersihkan). Moga-moga tanah ini akan menjadi tapak projek yang menggalakkan, insyaAllah.


LOKASI
Negeri Perak
Daerah Kerian
Mukim Bagan Tiang



Rabu, 21 April 2010

SEMINAR TERNAKAN BURUNG WALET

SEMINAR TERNAKAN BURUNG WALET
PELUANG MENJANA PENDAPATAN PASIF SEPANJANG HAYAT

TARIKH
16 MEI 2010 (AHAD)

MASA
9.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT
KUALA GULA SANCTUARY RESORT

PENYERTAAN
TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA

BAYARAN PENYERTAAN
RM50.00 SAHAJA

ANJURAN
SWIFT AGROTECH SDN BHD

KEPADA BUMIPUTERA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI/ SMS
0195597796 (HJ DIN)  0195587796 (HJH SITI)


Selasa, 13 April 2010

15 CARA MENJADI KAYA RAYA BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS (Part 2)

9. Berhijrah Kerana Allah
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai kepada tempat yang ditujui), maka telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah an-Nisaa’ 4: 100)

10. Menikah
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Surah an-Nuur 24: 32)

11. Membantu Para Penuntut Ilmu
“Hal itu mungkin, bahawa kamu akan ditambah rezekimu kerana dia.”
(Hadis riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim)

**Hadis ini kesinambungan kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu Rasulullah tentang saudara jauhnya yang ingin menumpang di rumahnya kerana ingin menuntut ilmu daripada Rasulullah.

12. Berbuat Baik Kepada Fakir Miskin
“Temukanlah aku dalam orang-orang yang miskin. Sebab, satu-satunya alasan kamu ditambah nikmat dan dibantu dalam kemenangan adalah kerana kemiskinanmu!”
(Hadis riwayat Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan Al-Hakim)

13. Jujur Dalam Berniaga
“Dua orang yang berkongsi, mempunyai hak (untuk membatalkan perjanjian) selama mereka masih menjadi rakan kongsi (satu sama lain). Maka, jika dua orang yang berkongsi itu saling percaya (satu sama lain), dan jujur dalam menjelaskan (melepaskan salah satu urusan), maka mereka akan diberi nikmat dalam perkongsian mereka. Tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (melepaskan urusan itu), maka nikmat-nikmat mereka dicabut.”
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasa’i)

14. Menjadikan Akhirat Tujuan Utama
“Barangsiapa yang menjadikan dunia ini sebagai satu-satunya tujuan akhir (yang utama), nescaya Allah akan menyibukkan dia (dengan urusan dunia itu), dan Dia akan membuatnya miskin seketika, dan ia akan dicatat (ditakdirkan) merana di dunia ini. Tetapi barangsiapa menjdikan akhirat sebagai tujuan akhirnya, maka Allah akan mengumpulkan teman-teman untuknya, dan Dia akan membuatkan hatinya kaya, dan dunia akan takluk dan menyerah kepadanya.”
(Hadis riwayat Ibnu Majjah dan Imam Tirmidzi)

15. Berusaha dan Berdoa
“Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristarahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”
(Surah al-Qashash 28: 73)


BUAT RENUNGAN DAN PENGHAYATAN KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKALIAN, KHUSUSNYA PENTERNAK WALET YANG BERUSAHA UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

15 CARA MENJADI KAYA RAYA BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS (Part 1)

    Renungan buat penternak-penternak walet dan juga usahawan-usahawan Islam serta seluruh muslimin dan muslimat, jadikan amalan ini sebagai amalan hidup kita semoga dengan keyakinan dan ketakwaan kita kepada janji Allah SWT segala usaha kita akan membuahkan hasil yang besar. Yakinlah bahawa janji-janji Allah itu benar dan balasan baik dan buruk itu juga benar. Tingkatkan ketakwaan kita ketingkatan yang lebih tinggi daripada sebelumnya.
1. Takwa
“….Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan(keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah a-Thalaaq 65: 2-3)

2. Bertaubat dan Beristighfar
“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”
(Surah Nuh 71: 10-12)

3. Bertawakkal
“Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah pada jalan yang Allah redhai, nescaya kamu akan diberi nikmat seperti burung; mereka hidup (mencari makan) pada pagi hari dengan sangat lapar, dan kembali pada senja hari dalam keadaan kenyang.”
(Hadis riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Hibban)

4. Beribadat dan Menyembah Allah
“Allah Ta’ala telah berfirman, Wahai anak adam! Luangkan waktumu sejenak untuk menyembah-Ku, Aku akan menganugerahkanmu kekayaan dan menghilangkan kemiskinanmu. Dan jika kamu tidak menyembah-Ku, Aku akan membuat dirimu sibuk, dan tidak akan menghapuskan kemiskinanmu.”
(Hadis riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majjah)

5. Bersyukur
Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
(Surah Ibrahim 14: 7)

6. Sering Menunaikan haji dan Umrah
“Ikutilah antara haji dan umrah (kerjakanlah haji dan umrah secara berulang-ulang), kerana baik haji dan umrah menghapuskan kemiskinan dan dosa-dosa seeperti tungku api panas yang membersihkan besi, emas dan perak yang kotor. Dan haji yang mambrur tidak ada balasan kecuali syurga!”
(Hadis riwayat At-Tirmidzi, Ahmad dan Nasa’i)

7. Membina Silaturrahim
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah dan membina tali silaturrahim, nescya umurnya akan diperpanjang, wangnya akan ditambah, dan keluarganya akan mencintainya.”
(Hadis riwayat Bukhari)

“Pelajarilah (yang cukup) salasilah, agar kamu boleh membina silaturrahim, kerana membina silaturrahim membina jalinan kasih sayang di antara keluarga-keluarga, memperbanyak kekayaan, dan memanjangkan umur.”
(Hadis riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad)

8. Berinfak di Jalan Allah
“Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah telah berfirman: ‘Wahai anak Adam! Infakkanlah hartamu, Aku akan menambah hartamu!’.”

“Ada tiga hal, aku berjanji dengan tiga hal itu (bahawa ketiga hal itu benar) dan aku akan menceritakannya kepadamu, maka ingat-ingatkah! Wang tidak akan pernah berkurang kerana amal sedekah. Tidak akan ada seorang pun yang berbuat salah manakala dia sabar, kecuali Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada seorang pun yang meminta rezeki/wang pada orang lain, kecuali Allah akan menjadikannya miskin.”
(Hadis riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad)

Jumaat, 9 April 2010

BILA KITA BERBICARA

    Beberapa hari yang lepas seorang penternak walet menelefon saya. Setelah memperkenalkan diri, dan berbual serba sedikit sebenarnya kami sudah mengetahui serba sedikit tentang diri masing-masing tetapi belum pernah berjumpa atau berbual sahaja.
Cerita awal kami berkisar tentang rumah walet masing-masing sehinggalah kepada projek akan datang. Beliau menceritakan yang dia mahu menggunakan khidmat “pakar” rumah burung yang baru disebabkan pakar dahulu mengenakan caj yang tinggi. Manakala pakar yang baru ini mengenakan caj yang rendah dan telah terbukti kerjanya berdasarkan cerita dan gambar-gambar yang ditunjukkan.

    Alhamdulillah, akhirnya beliau memperoleh pakar seperti yang dicari. Sebenarnya bukan tinggi atau rendah kos yang menjadi ukuran terjelmanya sebuah rumah walet tersebut. Tetapi bergantung kepada berapa banyak pakar dalam kalangan orang Melayu kita, sejauhmana ikhlas dalam membantu ekonomi orang Melayu. Sebelum ini tidak banyak orang melayu yang boleh membina rumah walet dan tak banyak yang mahir dalam selok-belok penternakan ini. Jadi siapa yang boleh membantu maka dialah yang kita cari. Soal kos perkara kedua.

    Sebenarnya kita perlu ingat bahawa daripada pakar yang mulalah kita dapat menceburkan diri dalam bidang ini. Kelemahan atau kekurangan beliau anggaplah sebagai pengetahuan yang perlu “dibeli” (seperti dalam tulisan saya yang lalu). Tak perlulah kita jadi seperti peribahasa “habis manis, sepah dibuang”, “Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi”.

    Pesanan saya juga kepada “pakar-pakar” rumah walet janganlah selalu mendabik dada seolah-olah kitalah yang terbaik, sehingga “pakar” lain tak berkemampuan langsung. Sebenarnya sepakar manapun kita, kita hanya hamba Allah yang lemah. Kita hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Jangan takbur (perbuatan/percakapan/hati) kerana orang yang takbur dibenci Allah. Bila Allah benci semua pekerjaan tidak menjadi.

    Pesanan kepada diri saya dan penternak walet semua, sentiasalah bersyukur kerana syukur menambah rezeki.Terus berdoa dan mengamalkan 15 perkara untuk menjadi kaya (akan saya terangkan dalam tulisan akan datang) dalam kehidupan kita seharian.

    Maaf jika tulisan saya kali ini menyentuh peribadi sesiapa. Tetapi ketahuilah bahawa niat saya hanya satu iaitu agar kita sentiasa berbaik sangka antara sesama kita orang Islam khasnya sesama penternak walet agar kejayaan, kemajuan dan kekayaan sama-sama kita capai dengan keredhaan Allah yang Maha Kuasa.

Khamis, 8 April 2010

WALET VS AROWANA

    Daerah Kerian memang terkenal dengan penternakan arowana, terutamanya di kawasan Bukit Merah. Banyak pengusaha-pengusaha arowana dalam kalangan orang Melayu yang bergerak aktif mengusaha kolam-kolam arowana. Potensi pulangan yang tinggi menyebabkan banyak yang berlumba-lumba menceburi bidang ini dengan pelabur beratus ribu hingga berjuta ringgit.

    Kalau nak dihitungkan memang luas sudah kawasan penanaman padi di kawasan Bukit Merah yang telah dikorbankan untuk dijadikan kolam arowana. Nilai tanah di kawasan ini juga melambung berlipat kali ganda berbanding harga sebelumnya. Banyak juga usahawan-usahawan Melayu yang telah menjadi orang kaya dengan penternakan arowana ini. Banyak juga yang belum mendapat hasil daripada pelaburan mereka bertahun-tahun. Tahniah diucapkan kepada pengusaha yang telah berjaya , manakala kepada mereka yang belum berjaya teruskan usaha dan banyak-banyaklah berdoa kepada Allah agar dilimpahkan rezeki daripada usaha kita itu.

    Tahukah kita bahawa penternakan walet juga boleh menjadikan kita kaya seperti juga penternakan arowana kalau kena gayanya. Tetapi penternakan walet mempunyai cara dan kelebihan tersendiri dalam menjana pendapatan.

    Pertama, pendapatan daripada hasil sarang burung walet ini kita boleh kategorikan sebagai pendapatan pasif. Kerana kita tidak perlu menumpukan sepenuh tenaga dan masa kita kepada penternakan ini . Kita boleh katakan sebagai pelaburan sampingan dengan pulangan yang lumayan, insyaAllah. Walaupun pendapat ini kadang-kadang disangkal oleh sesetengah blogger kerana ada yang berpendapat jika kita tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada projek ini hasilnya nanti worst. Tetapi bagi saya bukanlah tidak mengambil perhatian seperti menanam balak dalam hutan, tetapi cukup sekadar memberi perhatian sampingan. Tak payahlah 24 jam tunggu rumah walet.

    Kedua, Kawasan penternakan tidak dinilai dengan nilaian hartanah standard. Kalau nak bina rumah walet carilah kawasan yang berkualiti dari segi banyak burung walet yang berkeliaran di situ mencari makan. Dimana? Di kawasan paya, hutan, luar bandar yang banyak semak samun. Kawasan yang mungkin rendah dari segi hartanahnya tetapi bernilai dari segi potensi burung walet.

    Ketiga, kos tetapyang dilaburkan hanya sekali seumur hidup, manakala kos penyelenggaraan rendah. Tak payah mengupah pekerja, duit telefon, duit letrik yang tinggi dan tak payah ada promosi jualan. Kalau tak menjadi kos tetap tak hilang, hanya perlu ubahsuai sehinggalah burung walet masuk. Modal tetap tak payah top-up untuk projek yang sama. Boleh guna sepanjang hayat.

TETAPI!!!!

    Jangka masa untuk menikmati hasil sarang burung walet agak panjang, mungkin setahun, dua tahun atau bertahun-tahun. Bergantung pada rezeki ALLAH. Bukan skim cepat kaya tapi skim lambat kaya,tak macam bisnes ternakan lain, kalau ayam 3 bulan boleh jual kalau arowana mungkin 7 bulan dah dapat berpuluh ribu tapi walet kena tunggu bertahun-tahun baru nak dapat beberapa ribu sebulan, insyaAllah. Perlu banyak bersabar dan berdoa kepada Allah agar banyak burung walet yang masuk ke rumah walet kita, bersarang dan membiak di situ.

“Tepuk dada tanya selera”, duit kita pilihan kita. Walet ka Arowana ka janji boleh bagi orang Melayu kaya.

Rabu, 7 April 2010

RUMAH WALET

      Dalam kesibukan kerja-kerja utama minggu lepas, sempat juga saya menyelesaikan beberapa perkara tentang rumah walet. Membuat ujian suara kawasan walet, membuat anggaran untuk pembinaan rumah wallet dan melawat kawasan tapak baru untuk pembinaan rumah walet.

     Seorang rakan yang memang lama telah berminat dengan penternakan walet ini, secara kebetulan berada di kawasan saya mengadakan ujian kawasan walet dan dia telah menghubungi saya untuk mengenalpasti burung dan potensi kawasan berdekatan ladang kelapa sawit beliau. Pada petang Jumaat 2 April saya telah pergi ke lokasi tersebut untuk membuat ujian kawasan. Daripada ujian tersebut rakan saya itu amat teruja dengan kehadiran beribu-ribu ekor burung walet yang mengelilingi kereta saya. Daripada penerangan saya rakan saya faham apakah kepentingan mengadakan ujian ini dan apakah potensi sebenar kawasan tersebut.

      Dia juga meminta saya membuat anggaran untuk ubahsuai rumah sedia ada di ladang tersebut untuk dijadikan rumah walet. InsyaAllah kalau diizinkan mungkin dalam masa terdekat ini akan terlaksanalah projek ubahsuai untuk rumah walet itu. Untuk rakan saya ini saya cadangkan dia menggunakan spesifikasi yang saya sediakan dan menggunakan kemahiran tukang kayu tempatan untuk membina dan mengubahsuai rumah itu. Ini akan menjimatkan kos pembinaan dan saya hanya akan membantu dari segi pemasangan sistem bunyi dan kayu sirip sahaja. Sebenarnya bagi saya itu sahajalah bantuan yang saya boleh beri dalam merealisasikan impian rumah walet dan seterusnya membantu dalam meningkatkan penguasaan orang Melayu dalam penternakan burung walet.

      Jika anda perlukan bantuan boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda dalam penernakan burung walet dengan seadanya. Bukan keuntungan yang saya cari tetapi sekadar menumpang bangga jika banyak orang Melayu yang maju dan berjaya. Bukan saya beretorik, tetapi itulah kenyataannya.

Selasa, 6 April 2010

BINA JANGAN TAK BINA

    Lebih kurang 3 minggu saya tak menulis dalam blog ini. Rasa ketinggalan pulak bila lihat blog lain terkehadapan. Tetapi dek kekangan waktu, sibuk dengan kerja-kerja utama, tak dapatlah menyampaikan mesej melalui tulisan saya buat sementara waktu.

    Kisah kali ini tentang pembinaan rumah walet. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, jika bercerita tentang pembinaan rumah walet, banyak yang mengaku pakar. Pakar rumah, pakar, kayu, pakar suara dan pakar segala macam pakar. Tetapi bagi seorang yang baru mahu menceburi bidang ini perkara inilah yang memeningkan kepala. Takut modal kemana, untung kemana. Kepada mereka yang baru dan berminat saya dapat berikan beberapa tips untuk difikirkan sebelum bertindak.

    Modal pelaburan adalah perkara utama. Walau sebanyak mana modal kita yang mampu kita laburkan, jangan membazirkan modal dengan perancangan yang kurang tepat. Elakkan membina bangunan yang mempunyai jangka hayat yang tidak pasti. Contohnya, binaan dinding menggunakan zink, siling asbestos atau papan. Bukan apa, cuba anda bayangkan, kalau ada rezeki semakin bertambah masa semakin banyaklah walet yang menginap dalam rumah anda, sedangkan zink,siling asbestos atau papan semakin hari semakin rosak. Bayangkan juga kalau rumah anda sudah semakin mahu roboh sedangkan telah ada 5000 ekor walet yang menginap di situ. Lebih baik anda gunakan batu bata dalam membina rumah walet anda. Walaupun kosnya lebih tetapi anda tidak akan menyesal kemudian hari.

    Saiz rumah juga perlu anda ambil kira. Kalau kita lihat pelbagai saiz rumah walet yang dibina. Ada yang berkata saiz rumah tidak mempengaruhi sangat. Ada rumah saiz kecil tapi banyak burung yang menginap, manakala rumah hingga 4 tingkat bangunan tak berapa ekor burung yang menginap. Tetapi kita perlu ingat bahawa kalau kena gaya buatannya burung lebih gemar menginap dalam rumah yang besar dan selesa. Kita perlu mengkaji tentang kesesuaian lubang junam, ruang terbang dan ruang inap untuk membina saiz rumah walet yang sesuai. Bagi saya luas minimum sekitar 900 kaki persegi (termasuk ruang terbang) untuk setingkat adalah memadai. Lagi luas lagi baik.

    Ilmu pengetahuan tentang pengurusan rumah walet juga perlu. Jika kita tiada ilmu pelbagai masalah bakal timbul. Banyak website atau blog di internet yang boleh memberi pengetahuan kepada kita tentang pengurusan rumah walet ini. Banyak membaca dan bertanya kepada mereka yang lebih pakar. Tetapi kadang-kadang yang pakar tidak mahu memberi ilmu secara percuma. Kalau begitu belilah ilmu daripada mereka. Jangan anggap rugi “membeli” ilmu pengetahuan.

    Jadikan penternakan walet sebagai minat. Jika kita minat, maka banyaklah ilmu yang akan kita timba. Akhirnya kita akan menjadi orang yang mahir dalam selok belok pengurusan rumah walet ini. Tidak perlulah lagi kita sentiasa bergantung kepada orang lain untuk menguruskan rumah walet kita atau terus menambah harta dengan rumah walet pada masa hadapan.

   Kalau di negeri-negeri lain ada persatuan penternak walet, contohnya di Terengganu, Johor dan Pahang. Apa kata kita join persatuan-persatuan ini, bagi menambah kenalan, menambah ilmu pengetahuan, bertukar-tukar pendapat dan masalah. Moga-moga kita tidak bersendiri-sendirian dalam meneroka bidang penternakan ini. Banyak manafaatnya bila kita dapat duduk bersama-sama menilai projek masing-masing dan merancang bersama-sama untuk masa hadapan. Saya pun rasa teruja kalau ada yang nak tubuh persatuan penternak walet bumiputera di wilayah utara ini.

Ahad, 21 Mac 2010

ANTARA YANG IKHLAS DAN JUJUR

     Beberapa hari yang lalu, saya pergi ke kedai menjual alat-alat elektrik untuk pemasangan sistem bunyi dalam rumah walet baru. Kedai ini bukan asing bagi saya kerana banyak alatan untuk pemasangan sistem bunyi rumah walet saya dapatkan daripada kedai ini. Semasa membeli sempat juga berbual dengannya tentang rumah walet ni.
    Dia memberitahu saya yang beberapa hari yang lepas dia ada melayari Youtube. Dalam video youtube tersebut ada sebuah syarikat yang mempromosikan suara luar walet. Dalam video itu ditunjukkan bahawa rumah walet yang baru dibina tanpa ada seekorpun walet yang berterbangan. Tetapi selepas beberapa minit dipasangkan suara luar, beribu-ribu ekor walet yang datang, berterbangan di atas rumah walet itu. Promo nya sesiapa yang mahu khidmatnya bolehlah menghubungi nombor yang tertera 01--------.
    Tersenyum sendiri saya mendengar cerita tokey kedai tu. Terfikir kepada saya begitu banyak yang mengaku pakar dalam selok belok walet ini dan menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada pembinaan rumah walet, pemasangan sistem bunyi hinggalah yang menjual cecair penggalak walet. Terlalu banyak pakar sehingga tidak tahu yang mana betul-betul pakar dalam bidang ini.
    Masalahnya adalah kepada mereka yang baru mahu menceburi bidang ini, dengan pengetahuan yang kurang, sering tertipu dengan "pakar" yang sebenarnya pakar belit. Kepada pengusaha baru hendaklah berhati-hati semasa memilih konsultan untuk projek rumah walet mereka. Jika silap, alamat duit lesap projek kemana. Berfikir dengan mendalam, kalau boleh tanyalah mereka yang telah lama menceburi bidang ini dan dapatkan pandangan mereka.
    Setidak-tidaknya belilah pengetahuan dan pengalaman mereka. Jangan pula kita prejudis kepada mereka dengan menganggap mereka "ada saham" dalam projek kita nanti. Kalau adapun apa salahnya kalau itu boleh menguntungkan kita nanti. Ini lebih baik daripada pandai-pandai sendiri akhirnya kita menempuh kegagalan. Sebenarnya dalam dunia sekarang tiada yang percuma. Cuma kita harus meminimumkan kos yang ada.
    Namun begitu masih ada mereka yang ikhlas dalam membantu dan ikhlas dan jujur dalam berniaga. Carilah mereka yang benar-benar ikhlas membantu dan jujur dalam berniaga. Gunakanlah akal fikiran dan mata hati yang Allah kurniakan untuk mencarinya.
  

Jumaat, 19 Mac 2010

KISAH WALET KITA

    Beberapa hari yang lepas saya ke Pejabat MARA daerah, bagi membentang satu kertas kerja program yang saya rancang dengan kerjasama MARA untuk dilaksanakan. Selepas membentang kertas kerja tersebut sempat juga sembang-sembang dengan pegawai MARA daerah tentang bisnes-bisnes peniaga MARA dan bantuan-bantuan yang dihulurkan kepada usahawan dan peniaga di bawah MARA.
    Daripada apa yang saya dimaklumkan, dapat saya simpulkan bahawa betapa mewah dan bertuahnya peniaga Melayu dalam meneroka bidang perniagaan dan keusahawanan. Ada sahaja bantuan dan pinjaman yang diberikan untuk memulakan dan memajukan perniagaan.
    Tetapi malangnya sebahagian besar peniaga dan usahawan yang mendapat peruntukan bantuan dan pinjaman kewangan daripada MARA gagal memanfaatkannya dengan baik demi survival orang Melayu. Banyak yang diberi pinjaman gagal memanfaatkan pinjaman tersebut untuk memulakan perniagaan dan akhirnya menjadi liabiliti kepada pihak MARA, apabila terpaksa menjadi pemungut hutang dan kadang kala menjadi seperti peminta sedekah kepada peminjam MARA.

    Ada beberapa usahawan yang membuat pinjaman MARA sehingga RM250,000 3 tahun yang lalu untuk mengusahakan penternakan walet yang akhirnya berkubur begitu sahaja. Projek kemana, burung kemana, duit pinjaman pun entah kemana. Kalau ikut-ikut saya RM250,000 kita boleh bina 3 tingkat atau 4 tingkat bangunan berkeluasan 20’ X 70’.

    Wah, besar tu! Kalau 3 tahun lepas dah bina rumah walet sebesar tu, maknanya sekarang pendapatan boleh menjangkau puluhan ribu ringgit sebulan. Kalau kena gayanya dah boleh digelar jutawan pada tahun 2010 ni. Tapi apa dah jadi, projek yang dibuat tu “ke langit tak sampai, ke bumi tak jejak”. Kalau bahasa koporat kita kata tak ada status. Apa dah jadi? Sayang duit beratus ribu hilang macam tu saja.

    Ada masalah di sini sana. Masalah konsultan, masalah tanah, dan pelbagai masalah lagi yang dijadikan sebagai alasan untuk tidak berjaya. Tetapi apa yang dikesalkan sebab kegagalan projek-projek yang terdahulu, MARA telah membekukan sebarang pinjaman untuk projek rumah walet. Siapa yang rugi? Kita dan bangsa kita juga yang rugi. Kalau pengusaha merancang dengan baik projek mereka, sekarang insyaAllah akan wujud jutawan Melayu di kawasan ini, dan banyak lagi yang boleh dibantu oleh MARA untuk menjadi jutawan walet. Apa nak buat nasi dah jadi bubur, kesal pun tak guna.

    Apa yang perlu sekarang ini, pesanan kepada diri saya dan mereka yang hendak menceburi bidang ini supaya membuat perancangan yang teliti, penuhkan ilmu pengetahuan dan gunakan akal fikiran yang waras untuk memikirkan baik buruk sesuatu tindakan. Jika hendak mencari konsultan membina rumah waletpun kaji dengan teliti dan dapatkan bantuan mereka yang ikhlas membantu untuk membimbing anda dalam selok belok penternakan walet.

    Kalau perlukan bantuan saya sedia membantu anda untuk merealisasikan impian anda mempunyai sebuah rumah walet yang berkualiti. Bersama kita menjana pertumbuhan ekonomi bangsa melayu agar setanding dengan bangsa-bangsa lain di negara kita. "Bantu-membantu demi kemajuan Ummah"

Rabu, 17 Mac 2010

WALET SANA SINI

    Awal cuti sekolah pertengahan semester 1 saya sempat membawa anak-anak melancong ke Port Dickson. Pelancongan keluarga kali ini amat menarik buat anak-anak. Talah lama tidak bercuti ke kawasan pantai, tetapi kali ini dapat menikmati pemandangan pantai yang indah. Walaupun pemanduan ke Port Dickson meletihkan namun dapat juga saya berehat di bilik hotel semasa anak-anak asyik mandi-manda. Keselamatan anak-anak lebih terjamin apabila mandi-manda di laut buatan (air tawar lagi...).
    Kali ini bukan pula saya hendak mempromosikan percutian ke Port Dickson atau resort yang mempunyai laut buatan manusia. tetapi sebenarnya tulisan saya tidak lari daripada membicarakan tentang burung walet.
Apa yang ingin saya ulaskan kali ini adalah berkenaan lokasi yang baik untuk membina rumah burung walet.
    Kalau di Utara atau di kawasan Daerah Kerian tempat saya, rumah burung walet biasanya dibina di kawasan bandar atau berhampiran dengan kawasan sawah padi. Tetapi lokasi percutian saya kali ini merupakan kawasan tepi pantai ang kawasan daratannya dikelilingi kawasan hutan paya dan penanaman kelapa sawit. Kawasan seperti ini juga sesuai untuk pembinaan rumah walet.
    Sebagai seorang yang boleh dikatakan sebagai "kaki walet" kemana sahaja pergi, perhatian akan sentiasa tertumpu kepada walet yang berterbangan di angkasa.
    Pada suatu pagi semasa dalam percutian saya, saya bersama isteri sempat bersarapan roti canai di pekan Pasir Panjang, iaitu sebuah pekan kecil sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Semasa menikmati sarapan pagi saya melihat ribuan ekor (anggaran saya sekitar 5-6 ribu ekor) burung walet berterbangan di udara. Dengan semangat seorang peminat walet, saya cepat-cepat menghabiskan sarapan pagi dan mencari lokasi burung-burung tersebut.
    Pencarian saya menemukan sebuah rumah kedai dua tingkat dalam barisan rumah kedai berdekatan dengan balai polis Pasir Panjang. Tiada kedengaran suara pemanggil yang kedengaran, namun burung-burung walet itu keluar masuk kedalam rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi rumah burung walet.Meriah sungguh keadaan burung walet kat situ. Tetapi apabila saya perhatikan sekitar kawasan itu hanya terdapat dua buah rumah walet di situ. Besar kemungkinan rumah tersebut dimiliki oleh pengusaha bukan melayu berdasarkan sign di depan kedai tersebut.
    Kalau hendak diikutkan kawasan tersebut banyak didiami oleh masyarakat melayu, tanah pun banyak tapi masih tiada yang mengusahakan untuk rumah burung walet. Alangkah ruginya kalau difikirkan. Bila kita nak berubah dan berusaha untuk diri sendiri. Sekali lagi saya katakan di sini, kita jangan asyik menyalahkan orang lain jika kita susah atau tidak berjaya tetapi salahkan diri kita sendiri kerana kita tidak mahu berfikir dan merebut peluang. Saya memohon maaf jika kenyataan saya ini agak keras tetapi biasanya ubat itu pahit, manakala gula itu manis. Ubat itu menyembuhkan, tetapi gula itu memudaratkan.
     Berubahlah dan berusahalah sekarang untuk masa depan kita yang lebih cerah.......!!!!!

Jumaat, 12 Mac 2010

RUMAH SEWA VS SEWA RUMAH

Pada cuti maulidul rasul yang lalu saya berkesempatan berkunjung ke rumah seorang kenalan saya di Arau, Perlis Indera Kayangan. Kenalan semasa sama-sama mengerjakan haji pada tahun 2009 yang lalu. Rumah kenalan saya ini terletak di kawasan pinggir bandar dan dikelilingi sawah padi yang sudah dituai hasilnya.
Kenalan saya ini telah setahun berpencen daripada pekerjaan makan gaji dengan sebuah badan berkanun. Beliau kini mengusahakan perniagaan hotel di Kangar. Ini hasil daripada wang ganjaran persaraan yang beliau perolehi. Selain daripada itu beliau juga mempunyai 3 buah rumah sewa yang dibina 10 tahun yang lalu.

Daripada perbualan dengan kenalan saya ini, saya dimaklumkan bahawa beliau membelanjakan RM60,000 untuk membina 3 buah rumah sewa itu. Sewa yang dikenakan RM250 sebulan. Saya sangat berbangga dengan pandangan ke hadapan kenalan saya ini. Beliau dapat membuat perancangan 10 tahun, untuk digunakan setelah beliau berpencen. Bayangkan beliau memperoleh pendapatan pasif RM750 sebulan daripada pelaburan RM60,000 sepuluh tahun lalu.

Cuba kita rancangkan pelaburan masa ini untuk sepuluh tahun akan datang. Untuk masa tua kita, atau untuk anak cucu kita. Kalau orang tua-tua dahulu, sering menanam pokok buah-buahan untuk dimakan oleh anak cucu nanti. Tetapi apa yang kita rancang untuk masa tua kita atau untuk anak cucu kita?

Apa kata kita membina rumah sewa seperti kenalan saya tadi, untuk kesenangan masa tua kita atau untuk anak cucu kita juga. Tapi kita tak perlu menyewa kepada orang, tetapi kita sewakan rumah sewa kita kepada burung walet. Kalau kita sewa kepada orang kadang-kadang ada yang tidak mahu membayar sewa (lari malam). Tetapi kalau kita sewa kepada burung walet, apabila tinggal di rumah kita, insyaAllah akan dibayar sewa setiap bulan. InsyaAllah dalam masa 2 tahun sahaja kita sudah mendapat pulangan yang melebihi modal kita. Kalau RM60,000 kita boleh membina bangunan satu tingkat berkeluasan 60’ X 20’ dan lengkap bersistem, insyaAllah kita mendapat lebihan pulangan dalam tahun kedua.

Kenapa tunggu lagi!! Bagi mereka yang mempunyai perancangan masa depan, masukkan pembinaan burung walet dalam takwim perancangan 5 tahun atau 10 tahun anda. Bagaimana hendak implementasikan perancangan itu, Haji Din sentiasa sedia membantu.

Selasa, 9 Mac 2010

WALET! OH WALET!

    Pada hujung minggu yang lepas seorang pengunjung yang menghubungi haji bertanyakan tentang penternakan burung walet ini. Untuk makluman semua inilah pengunjung pertama yang menghubungi haji sejak blog ini dijana. Haji rasa teruja kerana blog ini boleh memberi manafaat kepada peminat atau mereka yang mahu berjinak-jinak dengan industri penternakan burung walet ini. Seperti yang haji katakan sebelum ini, blog ini dijana bukanlah untuk memperoleh keuntungan peribadi, tetapi untuk memberi ruang dan peluang kepada kalangan bumiputera menjana pendapatan baru secara pasif.
    Begitu besar potensi kita orang-orang Melayu dalam industri ini. Kita banyak tanah pertanian seperti ini. Ada yang telah menggunakan potensi itu untuk menjana pendapatan pasif tersebut. Tetapi berapa ramai? Mungkin dalam lingkungan 2% atau kurang yang mengekploitasinya. Bagi yang lain bagaimana? Kenapa kita kita tidak bertindak sekarang? Jangan kita asyik beretorik dengan alasan-alasan yang akhirnya menunjukkan kelemahan kita. Jangan asyik tunggu disuap, baru boleh makan akhirnya menunding jari kepada orang lain atas kekurangan diri sendiri. Usaha kita dimana? Potensi yang ada kenapa tidak digunakan. Cepat bertindak sebelum terlambat. Nanti siapa yang rugi? Kita dan keluarga kita yang rugi.
Mungkin kita tinggal di bandar tetapi ada tanah sekangkang kera di kampung. Semasa cuti, semasa menjenguk emak dan ayah di kampung, tinjau-tinjaulah tanah sekangkang kera itu. Kerana tanah itu mungkin akan bernilai jutaan ringgit sepuluh tahun lagi kalau kena gayanya.
    Kalau ingin bantuan Haji Din sedia membantu. Kekayaan bukan untuk digenggam tetapi untuk dikongsi. Kekayaan kita, kekayaan agama dan bangsa kita. Hina besi kerana karat, hina manusia kerana miskin. Renung-renung, fikir-fikir dan bertindaklah sekarang.

Isnin, 8 Mac 2010

SEMINAR PENTERNAKAN WALET

Swift Agrotech bercadang untuk mengadakan satu seminar untuk pengusaha-pengusaha bumiputera yang berminat dalam penternakan burung walet pada bulan April nanti. Lokasi yang dicadangkan adalah di Daerah Kerian. Seminar itu nanti akan menekankan tentang potensi penternakan burung walet dan selok-belok industri ini.
Seperti mana seminar-seminar penternakan burung yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat konsultansi yang besar dalam bidang ini, seminar ini juga akan menjadi asas kepada usahawan-usahawan bumiputera yang berminat, bermotivasi tinggi, dan mahukan perubahan diri untuk memulakan tapak dalam industri ini.
Kepakaran daripada mereka yang telah berpengalaman lama dalam bidang ini akan digunakan dalam seminar itu nanti.
Seminar ini nanti akan menjadi satu seminar yang tidak harus dilepaskan kerana seminar seperti ini biasanya dijalankan di hotel-hotel besar dengan bayaran yang tinggi. Namun seminar ini nanti akan mengenakan bayaran yang amat rendah berbanding ilmu yang akan diperoleh.

Nantikan pengumuman daripada Swift Agrotech tentang "SEMINAR PENTERNAKAN BURUNG WALET" di Perak Utara.

Keterangan lanjut boleh hubungi : Hj Din, 0195597796 (Bagan Serai)

Sabtu, 6 Mac 2010

KEKAYAAN ALAM KURNIAAN ALLAH

Apabila berbicara tentang kekayaan banyak persepsi yang kita peroleh yang melihat kekayaan daripada pelbagai sudut pandangan. Ada yang mengatakan "kekayaan daki dunia", "harta kekayaan tuan dunia", "harta dunia tak akan membawa kekayaan akhirat" dan banyak lagi pendapat dan pandangan.
Bagi Haji kekayaan dunia ada keperluannya, tetapi kekayaan kekayaan akhirat itulah yang kekal abadi. Pelayar -pelayar jangan berasa pelik dengan tulisan Haji kali ini kerana Haji nak kaitkan kekayaan ini dengan usaha kita mengembangkan bisnes walet ini. Kerana kita perlu bersedia untuk menjadi kaya.
Dr. Christoper seorang doktor perubatan menjadi jutawan kerana projek burung waletnya. Seorang pengusaha rumah walet di Utara Perak (berbangsa Cina) memperoleh pendapatan RM2 juta daripada 50 rumah walet sebulan??? dan banyak lagi kisah orang kaya dengan rumah walet ini. Mungkin ada pengusaha lain yang menganggap kenyataan Haji ini keterlaluan atau mendedahkan rahsia perniagaan, tetapi bagi Haji rezeki dan kekayaan itu Allah yang beri. Kalau Allah tak beri sampai kiamatpun kita tidak memperolehnya. Tetapi harus berusaha dan mencari jalan memperolehnya. Adakah kita telah bersedia untuk menjadi kaya?
Rebutlah peluang yang masih ada ini untuk menjadi kaya? Kalau tak kaya pun bertambah kesenangan kita, bertambah pendapatan kita, bertambah keboleh upayaan kita dan meningkat taraf hidup kita. Apabila ini berlaku kemana arah tujuan kita?
1. Perbanyakkan amal ibadat kita. Sebab kini kita tak perlulah lagi bekerja sehingga "tak kering kain di badan". Masa kita banyak terluang untuk kita bersyukur kepada Yang Maha Esa.
2. Lebihkan sedekah jariah kita. Wang yang diperoleh telah lebih daripada yang sebelumnya. Bantu mereka yang kurang berkemampuan. Jangan jadikan wang sebagai tuan dunia. Sekali kita bersedekah dengan ikhlas maka insyaAlah akan dibalas berkali-kali oleh Allah kepada kita.
3. Tingkatkan peribadi dan sahsiah kita ke arah yang lebih sempurna. Tingkatkan pencapaian keluarga, anak-anak, ibu bapa dan kaum keluarga kita.
InsyaAllah jika kita berusaha kekayaan akan datang kepada kita. Jadikan alam kurniaan Allah ini sebagai sumber kekayaan kita. Bergerak dan bertindak sekarang. Orang lain telah jauh meninggalkan kita. Jangan asyik menunding jari kepada orang sahaja atas kekurangan kita, tetapi berusahalah secukup-cukupnya. "Berusahalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, beramal ibadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari" (Hadis Rasulullah)

Isnin, 1 Mac 2010

BILA MEREKA BERTANYA

Beberapa hari yang lepas seorang akan bertanya tentang penternakan burung walet kepada saya. Oleh kerana minat yang mendalam yang ditunjukkan oleh rakan saya ini, dengan besar hati saya menerangkankan serba sedikit tentang industri ini. Banyak yang ditanya dan banyak yang diterang.
Namun kesimpulan akhir yang dapat saya buat adalah;
1. Banyak daripada orang kita yang tidak mempunyai pengetahuan yang
luas dalam bidang ini.
2. Kurang faham tentang selok-belok bisnes ini.
3. Tidak mengetahui potensi bisnes ini secara mendalam.
4. Walaupun berminat masih lambat bertindak.
5. Tidak tahu siapa dan dimana yang boleh dihubungi untuk memulakan
bisnes ini.
6. Terlalu mempercayai momokan daripada orang lain tentang keburukan
bisnes ini.

Kalau anda tiada pengetahuan saya boleh ajar, kalau anda kurang faham saya boleh terang, kalau anda tidak tahu cara saya boleh tunjuk, kalau anda berminat hubungi saya Hj Din: 0195597796
Fikir dan bertindaklah sekarang.

Ahad, 28 Februari 2010

INDUSTRI TERNAKAN BURUNG WALET

Industri Sarang Burung Layang-Layang hari ini telah mencetuskan satu lagi industri yang berpotensi besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan kehidupan mewah selain dari bidang-bidang perniagaan yang lain.
Pada tahun 2004, industri sarang burung layang-layang di Malaysia telah diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai penyumbang kepada tukaran mata wang asing bagi Negara ini. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian telah mewujudkan satu Garis Panduan Penternak Burung Layang-Layang untuk semua pihak berkuasa tempatan di peringkat daerah, majlis tempatan dan majlis bandar raya di seluruh negara.

Sebagai tambahan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga mempunyai garis panduan untuk pembiakkan burung layang-layang. Sarang burung dipercayai kaya dengan kalsium, zat besi, potassium, dan magnesium yang amat berguna kepada kesihatan. Industri burung layang-layang di Malaysia telah menyaksikan lantunan serta lonjakan pertumbuhan dalam tempoh lima tahun ini.

Akan tetapi ianya amat berkurangan di kalangan usahawan bumiputra kerana itulah industri ini disifatkan sebagai industri yang dirahsiakan, ianya telah lama dimonopoli oleh usahawan bukan bumiputra yang melihat potensi kekayaan yang wujud dari bidang ini, mereka sanggup mengeluarkan modal jutaan ringgit untuk dilaburkan. Kebanyakkan rumah-rumah burung dibina di bandar- bandar kecil di mana sumber makanan yang banyak pada tahap pencemaran yang masih rendah.

Kerajaan negeri Perak misalnya, menawarkan 10 kawasan berpotensi untuk dibangunkan industri ini, manakala negeri Johor mencadangkan sebuah taman eko burung layang-layang di Endau dan Desaru.

Kerajaan Negeri Sembilan juga menunjukkan minat yang sama untuk membina sebuah taman bagi tujuan tersebut. Bank Pertanian Malaysia atau kini dikenali sebagai AgroBank menawarkan pembiayaan sehingga 85% berikutan industri sarang burung kini menjadi sebahagian daripada industri berasaskan tani.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia pula telah mengiktiraf enam buah syarikat industri sarang burung layang-layang bagi menjalankan usahasama perniagaan di bawah program pemadanan perniagaan.

Sehingga akhir tahun 2006, terdapat hampir 36000 buah rumah burung layang-layang di seluruh Negara dengan kadar purata pertumbuhan sebanyak 35% setahun sepanjang tempoh lima tahun lepas.

Jumlah nilai pengambilan sarang burung diseluruh dunia pada tahun 2006 dianggarkan RM8 billion sehingga RM12 billion. Hong Kong merupakan pembeli sarang burung terbesar iaitu 50% manakala China 8% ,Taiwan 4% dan Macau 3% dengan jumlah pengambilan kira-kira 160 tan pada tahun 2006.

Akan tetapi permintaan ini tidak termasuk negara-negara Eropah dan Arab disebabkan pembekalan yang tidak mencukupi. Harga sarang burung putih yang belum diproses dijual pada harga RM4500 hingga RM6000 sekilogram pada 2006.

Harganya berganda lebih tinggi di China dan Hong Kong. Malaysia kini merupakan pengeluar sarang burung dengan nilai pembekalan kasar sebanyak 7% selepas Indonesia 60% dan Thailand 20%.


Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang / kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak.

Hasil dari perternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi dunia kesihatan. Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.



Sifat-sifat yang ada pada sarang burung adalah rasa manis, lembut dan sesuai untuk penyakit yang berkaitan paru-paru, perut dan hati. Fungsi sarang burung menghasilkan yin untuk mengurangkan kekeringan, menghasilkan tenaga dan menguatkan fungsi SPLEEN perut.

Penggunaan sarang burung ini untuk mengubat masalah penghadaman, tuberculosis, batuk, phlegm-dyspnea (kesusahan bernafas), asma, hemotysis (batuk berdarah), hematoma (penyakit berkaitan sel-sel darah), prolonged dysentery, demam malaria yang kronik, dysphagia (masalah menelan), lemah secara umum, batuk kering, batuk berdarah, muntah darah, berpeluh malam, masalah dada, dahaga dan lain-lain lagi.

Bagi masalah kurus, kurang selera makan , masalah perut berpunca dari sakit berpanjangan. - Rebus sarang burung dengan susu atau dengan ayam atau jus daging.


Keringkan sarang burung di dalam air sejuk, tukar air sekali dan rendam dalam air selama 5 ke 6 jam. Bersihkan bulu dan bahan-bahan lainyang terdapat pada sarang tersebut, alihkan bagi mengeringkannya. Kemudian kerat dan letakkan didalam mangkuk yang besar dengan secawan air bagi setiap 20 gram. Rebus dengan kepanasan yang sederhana selama 15 minit, kemudian tambah gula batu atau garam secukup rasa.

Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan sarang burung ini dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing.

Cara yang biasa dilakukan ialah dengan merebus sarang burung ini sebanyak dua kali di dalam porcelain pot.

Pada awalnya proses soaked dilakukan selama satu jam didalam air panas untuk membolehkan sarang mengembang. Untuk penyediaan sarang ini kepada orang dewasa, sarang kering yang mempunyai berat 4 ke 5 gram adalah disyorkan.

Sarang ini hendaklah di masak sebanyak satu setengah cawan sekurang-kurangnya 2 jam bergantung kepada gred sarang burung yang digunakan. Sarang yang berkualiti tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Gula batu ditambah bagi bagi menambahkan rasa semasa 10 minit terakhir masakan tersebut. Sesetengah orang gunakan daun pandan ataupun ginseng bagi menambahkan lagi rasanya.

Cara pemasakan ini disyorkan bagi mereka yang telah melalui proses pemulihan terapi.Sarang burung yang dikukus perlu dihidang semasa masih panas dan sudu porcelain digunakan sebelum tidur dan disyorkan diambil pada awal pagi untuk kesan maksimum.


Posted by Ahmad at 6:41 PM , Links to this post , 0 comments
Labels: kursus, kursus penternakan, penternakan, walet
Burung Walet Q&A

Apakah yang dikatakan burung layang-layang (walet)?
Burung walet atau Aerodramus Fuchipagus adalah burung pemakan serangga yang mampu terbang dengan kelajuan dan pergerakan yang cepat. Ia tidak boleh mendarat di tanah atau hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek dan biasanya boleh didapati di gua-gua pinggir hutan, sawah, habitat yang berkayu serta di kawasan pantai atau lombong. Burung ini mampu terbang dalam kegelapan melalui kaedah ‘eccholation’ dan membuat sarang menggunakan air liurnya.

Adakah industri perniagaan ini sah di sisi undang-undang?
Ya, ia merupakan satu peniagaan, pelaburan dan industri yang sah yang mendapat perhatian serta diikitiraf oleh pihak kerajaan dengan penglibatan pihak Jabatan Perhilitan, Jabatan Veterina (Haiwan), pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Kesihatan. Pihak Jab Veterina juga ada menerbitkan sebuah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Penternakan Burung Walit (GAHP) untuk dijadikan panduan dan asas kepada pengusaha.

Berapakah pulangan pelaburan yang boleh didapati melalui sebuah rumah burung walet yang berjaya?
Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20’ x 70’ x 2 tingkat adalah RM40-RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4.

Bagaimanakah kawasan yang sesuai untuk membina rumah burung dan menjalankan pembiakan burung walet?
Kawasan pembiakan burung walet yang sesuai adalah di kawasan habitat yang berkayu seperti pinggir hutan, ladang kelapa sawit, sawah, tepi pantai dan kolam atau lombong yang mempunyai potensi pemakanan seperti serangga dan sumber minuman yang banyak.

Perlukah sebuah rumah bururng walet dipasang bunyi suara burung berterusan (24 jam) sejak beroperasi?
Rumah burung walet dibenarkan dipasang bunyi dalaman burung walet selama 24 jam tetapi bunyi luaran hanya perlu dipasang pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pagi (7.00pagi – 12 tengahari) dan petang (5.00 petang -7.30 malam). Waktu tersebut adalah waktu yang disyorkan oleh Jab Veterina dan kekuatan bunyi (decibel) pula di antara 0.0525dB – 0.1578dB atau frekuensi 1khz – 16khz iaitu di bawah pendengaran manusia.

Adakah jangkitan penyakit seperti selsema burung boleh berlaku?
Selesema burung tersebar disebabkan sisa kotoran najis di atas tanah yang dimakan oleh binatang ternakan seperti ayam sebaliknya burung walet mencari makan di udara. Namun, sisa kotoran najis burung di dalam rumah burung perlu dibersihkan secara berkala bagi mengelakkan hama atau penyakit lain boleh merebak.

Saya memiliki sebuah rumah kedai 20’ x 70’ x 2 tingkat dan ingin mengubahsuai rumah tersebut kepada rumah burung walet. Apakah yang perlu saya lakukan dan berapakah anggaran kos yang diperlukan?
Lesen mengubahsuai bangunan perlu diperolehi dari pihak Majlis Daerah terlebih dahulu seterusnya pihak perunding yang dilantik perlu membuat lawatan dan penilaian ke atas rumah kedai tersebut sebelum pengiraan jumlah anggaran kos dibuat serta mengenalpasti adakah rumah burung sesuai dibina di kawasan tersebut. Anggaran kos adalah berbeza antara sesuatu tempat bergantung kepada lokasi dan kedudukan kedai tersebut.

Sarang rumah vs sarang gua.. apakah perbezaan antara keduanya?
Sarang rumah berwarna putih dan lebih bersih serta terdiri dari 85-95% air liur dengan harga yang tinggi sedangkan sarang gua biasanya berwarna hitam dan lebih kotor di mana 85% adalah bulu atau pelepahnya pada harga nisbah 1:5 lebih rendah berbanding dengan sarang rumah.

Bolehkah burung walet ini diternak dan bagaimana boleh kita mempelajari tentang penternakan burung walet?
Kehidupan asal burung walet adalah burung yang terbang bebas dengan mencari makan sendiri secara semulajadi sebaliknya jika diternak, makanannya yang terdiri dari serangga perlu disediakan dan kos akan bertambah serta tidak efektif dan apabila burung tersebut meningkat dewasa ianya akan kembali membesar secara semulajadi.

Bagaimana boleh saya mengenalpasti atau mengira jumlah burung walet yang telah melawat rumah burung walet saya?
Jumlah burung walet boleh dikenalpasti dengan memerhatikan dan menanda tompokan tahi burung yang terdapat di lantai, ini bermakna pada malam hari ada burung walet tidur di dalam rumah tersebut.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sarang burung berwarna merah?
Sarang merah terjadi disebabkan serapan mineral dari makanan laut (kandungan zat besi yang tinggi) serta banyak terdapat di kawasan Borneo dan bukan disebabkan burung tersebut kepenatan sehingga mengeluarkan darah.

Siapa dan apakah pemangsa utama burung walet?
Pemangsa semulajadi bagi burung walet adalah cicak, lipas, tikus, helang, burung hantu, biawak dll tetapi manusia (pencuri sarang burung) kini merupakan pemangsa yang utama.

Rumah burung saya telah dibina 6 bulan yang lalu dan mempunyai suhu, kelembapan dan pencahayaan yang sesuai tetapi mengapa burung walet masih tidak berminat untuk membuat sarang?
Rumah burung yang berjaya bukan sekadar perlu diadaptasikan suasananya seperti gua tetapi memerlukan ruang legar (rooving room) untuk berpusing atau terbang yang sesuai (minima 10’x10’) di samping sistem bunyi yang mampu menarik minat burung walet untuk bermain dan membuat sarang. Susunan kayu beluti juga perlu selari dengan ruang masuk serta banyak faktor lain lagi yang turut menyumbang kepada minat burung walet untuk berdiam.

Apakah material atau bahan binaan yang paling sesuai untuk mendirikan rumah burung walet samada menggunakan bata merah, bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’?
Penggunaan bata merah (tanah liat) adalah paling sesuai berbanding bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’ kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu dalaman rumah burung pada waktu siang dan malam serta mempunyai aroma atau bau tanah yang bersesuaian dengan kehendak burung. Sebaliknya dinding ‘foam’ (campuran simen + pasir + bahan kimia) lebih digemari di kawasan pendalaman dan kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di kawasan terbuka.

Apakah caranya untuk meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung dalam sebuah rumah burung yang telah mempunyai hasil?
Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29 darjah Celcius dan kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan dan keadaan dalam rumah burung perlu dititikberatkan. Kuantiti sarang burung pula dapat ditingkatkan dengan menambah kayu meranti samada secara rak berlapis/bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi ketinggian rumah burung tersebut mestilah >8 kaki. Di samping itu hasil sarang burung juga dapat dituai 2x sebulan selepas tahun ke-5 dan seterusnya.

Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walet yang gagal dan apakah kesilapan yang sering dilakukan?
Kurangnya pengetahuan, pengalaman dan kajian terhadap teknik-teknik dan kesesuaian mengikut kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan sesebuah rumah burung walet. Ramai yang mendakwa seorang kontraktor binaan mampu membina sebuah rumah tetapi tidak untuk rumah burung. Rumah burung juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan berpengalaman bagi mengekalkan suhu, kelembapan, cahaya, kebersihan, kualiti bunyi dll adalah pada tahap maksima.

Jika semakin banyak rumah burung didirikan setiap bulan, apakah kemungkinan terdapat lebihan penawaran sarang burung di pasaran dunia?
Indonesia (60%), Thailand (20%), Malaysia (7%)dan lain-lain Negara (13%) merupakan pengeluar utama sarang burung cuma mampu menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia dan burung walet ini tidak terdapat di tempat lain sedangkan permintaannya bertambah setiap tahun.

Adakah sarang burung walet ini halal dimakan?
Sarang burung walet adalah halal untuk dimakan dan anda bolehlah merujuk dengan jabatan yang berkaitan (JAKIM) untuk mengesahkannya.

Dipetik daripada
Usahawantani.com
En. Ahmad

Sabtu, 27 Februari 2010

IDEA BARU PELUANG BARU

Dalam melayan banyak-banyak blog tentang walet. Baru terjumpa blog yang agak sama dengan blog yang dijana ini. Blog yang dimaksudkan adalah blog burung layang-layang gua,yang dijana oleh Pak Din. Nama yang seakan sama dengan nama penjana blog swiftagrotech ini, Nordin - Noordin.
Mungkin cerita kali ini seakan mempromosikan blog Pak Din, tetapi dengan hati yang amat ikhlas saya amat berasa bertuah dapat melayari blog tersebut. Saya pun belum mengenali Pak Din dengan lebih dekat. Tetapi beliau adalah sebahagian daripada orang Melayu yang telah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang potensi burung walet dan mungkin telah berjaya.
Daripada cara yang digunakan Pak Din, saya fikir ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk menningkatkan penglibatan orang Melayu dalam bisnes burung walet ini.
Memang cara itulah saya bermula, iaitu dengan membuat pengubahsuaian terhadap rumah lama tetapi masih kukuh untuk sebuah projek rumah walet pada peringkat awal penglibatan.
Walau bagaimanapun kita perlu sentiasa ke hadapan. Daripada rumah yang diubahsuai kepada bangunan baru dua tingkat seterusnya empat tingkat. Daripada sebuah rumah menjadi dua, tiga dan seterusnya.
Namun begitu langkah pertama perlu diambil dahulu barulah dapat kita menapak terus ke hadapan. Jangan biarkan masa menapak lebih laju daripada idea dan tindakan kita. Kita perlu sentiasa ke hadapan. Ingat, jika kita berjaya kita juga yang kaya.
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri merubah nasib mereka". Allah tidak akan memberi kekayaan kepada kita jika kita tidak berusaha mencari kekayaan. Lebih baik kaya daripada tidak kaya, itulah hakikat kehidupan kini.
Jangan lupa yang Maha Kuasa, insyaAllah kekayaan akan menjadi milik kita sama ada di dunia atau di akhirat.

Jumaat, 26 Februari 2010

BAGAIMANA KITA BOLEH BERMULA

Untuk merealisasikan sebuah rumah walet memang memerlukan modal yang tinggi. Dianggarkan dengan peningkatan kos bahan kini, sebuah rumah walet yang sempurna berukuran 20' X 70'dua tingkat memakan belanja sebanyak RM300,000.00!!!
Berapa banyak dalam kalangan kita yang mempunyai modal sebanyak itu? Atau jika adapun adakah mereka dari kalangan pelabur yang benar-benar yakin dengan projek ini. Walaupun projek ini telah terbukti memberi pulangan yang amat tinggi, tetapi masih ramai dari kalangan bumiputera yang tidak begitu yakin dengan projek ini. Mereka lebih yakin dengan skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan besar dengan segera dengan pelaburan ribuan ringgit malaysia. Akhirnya "berniaga buluh kasap", untung tiada modal lesap. yang kaya mereka yang menjadi penipu dengan pelbagai nama skim.
Kenapa kita tidak cuba mendalami ilmu projek rumah walet ini kemudian membuat ketetapan untuk terus menceburinya dengan penuh keyakinan.Soal modal adalah masalah biasa yang sering dikatakan oleh orang kita apabila hendak menceburi bidang ini. Mana nak ada RM300,000.00!! Setakat RM5,000 - RM6,000 adalah! mana nak boleh buat. Itu percakapan-percakapan yang sering diucap.
Bagaimana kalau saya terangkan satu idea yang mungkin dapat menyelesaikan persoalan itu. Bagaimana kalau kita gabungkan modal beberapa orang rakan untuk menjadi modal keseluruhan dalam pelaburan ini. Mungkin beberapa orang, atau beberapa puluh orang, berkongsi modal untuk memulakan projek ini. Tetapi siapa yang boleh dipercayai dan boleh mengurus modal dan pelaburan ini dengan baik dan beramanah untuk melaksanakan projek ini?
Carilah mereka yang boleh dipercayai, mempunyai pengetahuan dan pengalaman, mempunyai latarbelakang peribadi dan perniagaan yang baik untuk menguruskannya untuk kumpulan anda.
Jika anda berminat dan menerima idea ini anda juga boleh berurusan dengan syarikat kami yang mula mengorak langkah daripada projek rumah walet kepunyaan sendiri dan kini sedang mencari pelabur-pelabur yang berminat untuk menceburi projek ini tetapi kurang dari aspek pengetahuan, pengalaman, pengurusan dan lokasi untuk sama-sama menikmati hasil daripada perniagaan ini.
Sebelum anda melabur kami akan memberi penerangan yang secukupnya kepada anda, kemudian berfikir dan membuat keputusan. Keputusan terletak di tangan anda kami sekadar memberi idea. Jika anda mahu implemantasikan idea ini sendirian pun bukan menjadi masalah. Kami hanya membuka jalan untuk anda merebut peluang yang ada demi agama dan bangsa. Lillahi taala.
Fikir dan renungkanlah.

Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi;
TH Noordin bin Yusop (0195597796) atau
Hjh Siti (0195587796)

Ahad, 21 Februari 2010

KENAPA KITA PERLU BERTINDAK SEKARANG

Apabila berbicara tentang industri sarang burung walet timbul rasa rugi mengenangkan masa yang berlalu tanpa tindakan apa-apa mempelajari atau terus menceburi dalam industri ini.
Kisah ini bermula lebih kurang 15 tahun yang lalu. Masa itu isteri saya bekerja dengan salah satu majlis daerah di utara semenanjung.Pada masa itu telah ada pengusaha rumah burung walet yang mengusahakan rumah burung secara haram. Apabila ada laporan daripada penduduk kepada Majlis Daerah yang mendakwa rumah burung ini menganggu dari segi bunyi dan kekotoran, maka pihak majlis daerahpun terpaksa menyiasat perkara tersebut. Akhirnya pihak majlis mendapati bahawa rumah burung walet ini tidak mendatangkan sebarang pencemaran yang keterlaluan dari segi bunyi dan tiada pencemaran dari najis burung walet tersebut. Tetapi hanya kesalahan pengusaha pada masa itu kerana mengusahakan tanpa lesen (memang tiada lesen untuk rumah walet pada masa itu).Akhirnya perkara itu berakhir begitu sahaja.
Tetapi menjelang tahun 2000an kesedaran tentang keupayaan industri sarang burung walet ini menjana pendapatan yang lumayan telah mula berkembang dengan drastik sekali. Sehingga kini telah menjana berbilion ringgit Malaysia eksport negara.
Namun begitu sebahagian besar pemain dalam industri ini adalah dari kalangan pengusaha-pengusaha bukan melayu terutamanya daripada masyarakat cina. Pengusaha-pengusaha ini telah lama bergiat dalam industri ini secara senyap. Telah banyak dalam kalangan mereka yang bergelar jutawan. Ada yang menjana puluhan juta ringgit malaysia setahun hasil daripada sarang burung walet (jika ditanya jawapan "tak boleh duit" akan kita perolehi).Pengusaha bumiputera hanyalah berjumlah 8% dalam industri ini.Itupun pengusaha-pengusaha baru yang lebih kurang 5 tahun menceburi industri ini.
Kenapa kita tidak bertindak 15 tahun lalu untuk menceburi industri ini?
Mungkin kerana belum ada kesedaran atau kepakaran. Kenapa kita perlu bertindak sekarang? Kerana sekaranglah masa yang paling sesuai untuk kita bertindak, kerana dengan kesedaran dan kepakaran kita boleh bergerak sekarang. Banyak pengusaha bumiputera yang telah mempunyai kepakaran dalam industri ini. Ataupun kita boleh menggunakan kepakaran rakan-rakan kita dari kalangan kaum cina.Industri ini bukan tertutup lagi. Semua orang tahu, hanya kemahuan sahaja yang membataskan tindakan kita. Kenapa kita tidak perlu menangguhkan lagi tindakan kita? Kerana setiap masa yang berlalu adalah berharga. Contohnya jika kita mulakan projek rumah walet kita pada Februari 2010, insyaAllah Februari 2011 kita boleh memperoleh hasilnya yang pertama. Jika kita bermula pada Februari 2011 maka kita akan hanya memperoleh hasil yang pertama pada Februari 2012. Pada masa itu sepatutnya kita telah memperoleh hasil tahun kedua yang berlipat kali ganda daripada hasil tahun pertama. Alangkah ruginya kita pada masa itu. Sedangkan pelaburan untuk projek itu akan bertambah mahal dari tahun ke tahun(kos bahan meningkat sekitar 15% setahun).
Jadi, jangan tunggu lagi, bertindak sekarang bagi menjana pendapatan pasif anda. Juga demi meningkatkan martabat diri, bangsa dan agama.
Jika anda berminat boleh hubungi saya. Saya sedia membantu. Bersama-sama kita ceburi dan menikmati hasilnya. Tak kenal maka tak cinta. Ayuh bertindak sekarang!!!

Sabtu, 20 Februari 2010

Kemana arah industri burung walet

Pada waktu ini pelbagai industri berasaskan perniagaan pertanian muncul dengan janji dan prospek yang berbagai-bagai.Industri penternakan lintah, penternakan cacing, penternakan ketam nipah, penternakan kelisa datang bersama-sama dengan gahnya penternakan burung walet. Tetapi sejauhmana setiap industri ini membawa pulangan yang diharapkan, adalah menjadi tanggungjawab pelabur sendiri untuk menilainya.
Secara umumnya, beberapa faktor yang perlu diberi perhatian oleh pelabur sebelum melaburkan wang dalam industri-industri ini agar pelaburan yang dibuat mendatangkan pulangan yang baik.
1. Adakah telah banyak telah banyak berjaya dalam industri ini?
2. Adakah pelaburan kita berisiko tinggi atau tidak?
3. Berapakah pulangan yang dijangka berbanding pelaburan yang dibuat?
4. Adakah kos tetap dan kos berubah meningkat dari semasa ke semasa?
5. Adakah prospek semasa dan hadapan semakin berkembang atau menguncup?

Untuk mendapat jawapan kepada soalan di atas, kajian yang mengambil sedikit masa perlu kita ambil. Tetapi untuk lebih mudah, dapatkan jawapan yang konkrit daripada mereka yang telah lama bergiat dalam industri tersebut dan lihat latarbelakang mereka sama ada boleh dipercayai atau tidak.
Jika jawapan dalam penternakan burung walet, cubalah anda melihat jawapan ini dengan teliti dan berfikirlah langkah seterusnya.
1. Beribu-ribu orang pengusaha rumah walet wujud di Malaysia dan menjana lebih 1.5 billion ringgit malaysia setahun untuk eksport sarang burung walet.
2. Setiap pelaburan ada risikonya (itu baru dikatakan perniagaan bukan bunga. Tetapi pelaburan dalam penternakan burung walet berisiko rendah, kerana kos modal hanya sekali seumur hidup dan boleh diperbaharui jika berlaku risiko kegagalan (akan dibincangkan pada akan datang).
3 Pulangan yang dijangka akan bertambah setiap tahun.
4. Kos tetap hanya sekali sahaja manakala kos berubah pada tahap paling minimum.
5. Prospek semasa adalah melebihi penawaran dan prospek masa depan semakin berkembang mengikut peningkatan jumlah penduduk dunia dan taraf ekonomi penduduk dunia.
Fikirkanlah, jika anda mahukan jawapan yang lebih konkrit dan jelas, hadirilah seminar-seminar perusahaan sarang burung walet atau hubungi saya, insyaAllah kita boleh berdiskusi lebih dalam tentang pelaburan anda dalam industri sarang burung walet ini.

Renungkan dan fikirkanlah sebelum terlambat. Masa tidak menunggu kita. Jika orang boleh berjaya kenapa kita tidak.

Selasa, 26 Januari 2010

PERSATUAN PENTERNAK BURUNG WALET BUMIPUTERA PERAK UTARA

Memandangkan penternakan burung walet dalam kalangan bumiputera semakin berkembang kini, maka perlu satu makenisma penyatuan bagi menghubungkan penternak-penternak burung walet dalam kalangan bumiputera ini bagi mencapai objektif tertentu;
1. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan tentang industri
2. Meningkatkan pelaburan dalam kalangan bumiputera.
3. Mencari jalan meningkatkan pencapaian bumiputera dalam bidang ini.


Untuk yang berminat boleh hubungi:

Noordin bin Yusop
0195597796